Here, We Serve You as Our Friend, So Don't be Shy.

TL/Translator (Penterjemah) : Penterjemah yang boleh memahami dan menterjemah dari bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, tidak digalakkan menghantar hasil terjemahan yang datang terus dari Google Translate (Translate melalui Google Translate dibenarkan, tetapi hasilnya harus di periksa dan diperbetulkan semula dengan kata-kata standard kerana Google TL tidak 100% tepat dan sering menggunakan perkataan yang susah difahami yakni berbelit-belit). Note, kalau boleh terjemahkan dari Jepun kepada Melayu itu lebih baik.

TLC/Translation Checker (Pemeriksa Terjemahan) : Mereka merupakan orang ketiga yang penting dalam sesebuah projek, walaupun begitu kerja mereka adalah sangat mudah kerana hanya perlu memeriksa hasil TL yang akan diberi dengan teliti. Seterusnya merka mampu memperbetulkan perkataan jika ada kesilapan. Mereka perlu memiliki pengunaan kosa kata yang baik dan bagus dalam menggunakan bahasa standard, penguasaan dalam perkataan Inggeris dan memahami sedikit bahasa/kata-kata Jepun.

Encoder (Pengekod) : Mereka yang memiliki kelajuan internet yang 150kbps keatas dan RAM 1-2 GB serta Processor yang tinggi. Mempuyai kemahiran dengan Encoder dan memiliki software seperti Megui, Format Factory, Real Anime, handbrake atau lain-lain. Selain itu, anda perlulah ikut tetapan yg sudah admin tetapkan kualiti berdasarkan saiznya:
480p = 60-90MB
720p = 110-130MB
1080p = 150-200MB
P.S: Para Encoder akan dibekalkan link / laman-laman web yang menyediakan RAW anime dan Softsub anime.

Uploader (Pemuat Naik) : Mereka yang memiliki kelajuan internet yang memadai dan memiliki akaun dalam pelbagai Laman Web Hostingan.

Kara-Effect (Pengias Karaoke) : Mereka yang berjiwa seni dan boleh timing masa dengan tepat, mereka yang dapat menghias kara dengan bagus sesuai selera atau mampu mencari kara template yang sesuai di laman web.

TS/ Typesetter (Tukang Set) : Mereka yang sangat berkemahiran dengan aegisub dan mampu mengedit serta membuat kesan khas/effect untuk subtitle, mampu membuat subtitle move dan memiliki font yang pelbagai gaya untuk disesuaikan dalam sebarang jenis anime.


Editor (Penyunting) : Mereka yang menyunting keseluruhan bagi tiap-tiap subtitle, biasanya tugas editor adalah menyunting hasil kerja Typesetter dan mempercantikkan lagi effect-effect yang dibuat oleh typesetter.

QC/Quality Checker (Pemeriksa Kualiti) : Tugas QC biasanya sama dengan tugas TLC, tapi mereka lebih berkuasa dalam menyekat atau menerima sesuatu projek yang dibuat. Mereka juga merupakan pemeriksa kualiti video samaada video tersebut telah memenuhi kehendak atau belum.

Distro : Tugas distro hampir menyamai tugas uploader, mereka bertugas dalam membekalkan XDCC, Direct Download dan Torrent.

Project Leader (Ketua Projek) : Ketua projek merupakan staff yang paling penting kerana mereka merupakan penggerak kepada sesebuah projek yang diambil. Biasanya Ketua Projek/ Project Leader adalah mereka yang mensarikatakan sendiri projek tersebut dan orang yang memposting/mengeluarkan sesuatu anime. Mereka ini juga akan diberi kelebihan, iaitu menjadi author di fansub ini (Dengan kebenaran Admin).

Jadi apakah anda mempuyai kemahiran-kemahiran seperti diatas dan berminat, jadi jangan tunggu lagi. silakan untuk bertanya kepada admin secara komen di bawah, chat di chatango, mesej di Fanpage atau terus post di Fanpage kami. Bagi mereka yang sudah membuat keputusan untuk bersama kami dalam meningkatkan kualiti fansub kita, silakan daftar di bawah dengan cara komen, berikut merupakan specimen:

Nama: Abdullah bin nawi
Nama panggilan (Nick name): Dollah45t
Nama chatango, FB (Kalau blum ada, registernya): Dol4th
Pengalaman sebagai fansubber: Ada/Belum
Tugas yang boleh anda buat: TLC, mgkin sedikit TL

Note: (nick name) akn dimasukkan dlm senarai fansub dan credit dlm satu2 episod, silakan fikir yg terbaik utk nama panggilan anda.

P/S. Buat masa sekarang kami tidak menekankan pada kemahiran, yang kami perlukan sekarang adalah seseorang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan (Fansubbing) yang diberikan. Iaitu, bagi mereka yang masih mahu belajar dalam dunia Fansub.

[Updated] Bonus & Ganjaran (Staff & New Comer Only)
- Bagi yang berkaitan dengan ganjaran ini, mereka yang berperanan sebagai encoder atau uploader sahaja yang kami terima. Mereka juga haruslah Staff yang genap 1 bulan berada di fansub ini dan dengan itu barulah kami terima permohonan untuk mendapatkan ganjarannya (Bagi yang mendapat kepercayaan sepenuhnya dari admin akan disingkatkan tempoh pemberian ganjarannya). Jumlah ganjaran yang akan diberikan adalah melalui ads dan dikira berdasarkan jumlah episode atau download link yang dibuat. Sebelum itu, anda dikehendaki membuka akaun (register) pada salah satu ads berikut: Adf.lyAdFoc.us dan Linkbucks. Untuk maklumat lanjut silalah nyatakan secara komen di bawah, PM admin atau messages Fanpage.


Perhatian!!
- Bagi sesiapa yang berkemahiran dalam  TLC+Uploader kami akan mempertimbangkan anda menjadi Author di fansub kami.

Mungkin kami tidak dapat memberikan apa-apa tapi kami mampu memberikan perasaan bagaimana nilai kerjasama sangat menyeronokkan dalam melakukan sesuatu pekerjaan, lebih-lebih lagi pekerjaan yang bersifat membantu.


11 Responses so far.

  1. nama: Iman Aida
    nama panggilan: Karin Kishimei
    nama chatango: AnimeMP
    pengalaman:pernah buat sub tapi tak tahu buat encoding yang bagus lagi tugas yg nak buat: tl dan encoder (kalau encoder saja pun boleh tapi kena belajarlah dulu)
    Masa online kat fb/internet: Setiap hari (selalunya malam)

  2. Tapaw says:

    nama: Amirul Fitri
    nama panggilan: Tapaw
    nama chatango: Tapaw7
    pengalaman: membuat sub Dragonball Kai 2014 untuk animemalay
    tugas yg nak buat: TL, Encoder, Uploader, Distro dan kalau boleh Project Leader.

  3. azizul95 says:

    Okey Amirul, well kami panggil kamu Tapaw ya, jadi kamu berminat utk jadi project leader ya. Okey, admin akn berhubung dgn kamu dlm FB nanti. Sila tinggalkan nama ID FB kamu dan admin akn segera add dan siapkan pendaftaran kamu sebagai ahli SnF. Thanks for joining us, and welcome.

  4. Tapaw says:

    Nama ID FB: Amirul Fitri
    Link : https://www.facebook.com/profile.php?id=100001024818975

  5. unknown says:

    Nama: Muhammad Abdullah
    Nama Panggilan: Khai • Nime
    Nama Chantago: KeygatoHazami15
    Pengalaman: Boleh buang sub dari video file mkv, baru sub 2 episod anime Shigatsu wa Kimi no Uso (tergendala seketika account kena disabled)
    Tugas Yang Nak Dibuat: Uploader, Encoder

  6. Anonymous says:

    Hei saya nak join

  7. Unknown says:

    Nama: Mohammad Aqil bin Rahmat
    Nama Panggilan: Tachibana Aqirito
    Nama Facebook: Tachibana Aqirito
    Kemahiran: Kara-Effects tapi masih belajar dalam TS/ Typesetter.
    pertanyaan: bagaimana TS/editor/encoder serta yg lain nak berhubung/sharing
    hasil kerja mereka.
    hasil subs saya dah buat : https://www.youtube.com/watch?v=GURQHIcrsdI
    https://www.youtube.com/watch?v=wC62YUw0sYk
    Jika ini dapat memuaskan admin, sye nak apply tapi
    saya masih belajar dalam moving dan replace subs

    Jobs I wan't to apply: Kara-Effects/Translator/Translation Checker

  8. azizul95 says:

    check email/gmail masing2 ok. TQ

  9. Nama: Muhamad Ilham
    Nickname: Ilham Joestar
    Facebook:-
    Kemahiran:TLC dan Encode
    Pengalaman:Pernah Ngesub Jojo Bizarre di Fansub Negri sebrang
    bisa dicek di Gantzid.com
    Keinginan Ingin Berkaloborasi dg pelbagai Fansub Berbagai Negara

  10. Anonymous says:

    "Itís hard to find educated people in this particular topic, however, you sound like you know what youíre talking about! Thanks"
    נערות ליווי בתל אביב
    gder4563

  11. Anonymous says:

    Hidup lagi ke page ni? Kalau xde org nk handle page ni boleh pass dekat saya, saya nak hidupkan balik page ni.

- Copyright © Sugoi no Fansub - Blogger Templates - Powered by Blogger - Re-designed by Azizul95 -